Assalamualaikum..
Guys, please take note that I am moving to http://suhailahsalahuddin.blogspot.com permanently..so, please follow me there.. :)
Tuesday, November 1, 2011
~moving to a new world~
Posted by suhailah salahuddin at 8:46 PM 0 comments
Saturday, October 29, 2011
~hidup~
Hidup tak pernah habis untuk diceritakan. Cinta, kasih, sayang, rindu, benci, dendam, suka, duka.. Banyak dan tak pernah ada penamat. Walaupun perpisahan. Walaupun mati. Penceritaan pelbagai versi. Positif, negatif, terpulang kepada pencerita dan watak. Ada yang wataknya hidup. Sangat hidup sehingga sentiasa menjadi perhatian. Ada yang wataknya mati. Sangat mati sehingga tak pernah dipedulikan. Ada yang wataknya cliche. Sangat cliche sehingga keadaannya menjijikkan.
Posted by suhailah salahuddin at 10:15 PM 0 comments
Sunday, October 16, 2011
~kedatangan dan kepergian..kuasa ALLAH~
Assalamualaikum..
Posted by suhailah salahuddin at 1:54 PM 0 comments
Wednesday, October 5, 2011
~patah seribu~
Biar kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan mengutuskan surat buatku?
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu..
Patah seribu hatiku bila mengenangkan segala yang kita bina bersama..
Haruskah ku lupa kerana engkau telah pergi?
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap merasa kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta buat kita berdua..
Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu?
Kan ku bakar semua..
Hapuskan semua kenangan..
Sayang,
Ku nohon padamu..
Segera tinggalkanku..
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju..
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku..
Pergilah...
P/s: thanks for the past years of friendship...
Posted by suhailah salahuddin at 1:14 PM 0 comments
Monday, July 25, 2011
~cermin~
Kau angkat tangan, aku angkat tangan.
Kau angkat kaki, aku pun angkat kaki.
Kau angkat kening, aku ikut angkat kening.
Kau tanya kenapa, aku jawab, "mestilah! Aku kan cermin".
Kau pelik dan terus pandang aku.
Kau cuba berkata-kata dan menyuruh aku diam, tapi mulut aku tetap bergerak mengikut kata-kata kau.
Berkerut dahi kau.
Marah barangkali. Bingung juga mungkin.
Kau cuba lagi. Kali ini kau buat sesuatu yang pada pandangan kau aku tak mampu ikut.
Tapi aku tetap ikut.
Akhirnya, kau fed up dan marah aku.
Aku kata, "kan aku cermin. Jadi, setiap perlakuan kau memang aku akan ikutlah."
*kalau rasa taknak orang buat kita, kita jangan buat orang. Layanlah setiap sekelian alam seperti mana kita mahu dilayani.*
Posted by suhailah salahuddin at 11:11 AM 2 comments