CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 1, 2011

~moving to a new world~

Assalamualaikum..

Guys, please take note that I am moving to http://suhailahsalahuddin.blogspot.com permanently..so, please follow me there.. :)

Saturday, October 29, 2011

~hidup~

Hidup tak pernah habis untuk diceritakan. Cinta, kasih, sayang, rindu, benci, dendam, suka, duka.. Banyak dan tak pernah ada penamat. Walaupun perpisahan. Walaupun mati. Penceritaan pelbagai versi. Positif, negatif, terpulang kepada pencerita dan watak. Ada yang wataknya hidup. Sangat hidup sehingga sentiasa menjadi perhatian. Ada yang wataknya mati. Sangat mati sehingga tak pernah dipedulikan. Ada yang wataknya cliche. Sangat cliche sehingga keadaannya menjijikkan.


Assalamualaikum..
Kerana hidup, medan ini menjadi tempat luahan perasaan. Tak pernah ada watak sempurna. Walau secantik dan sebaik mana pun. Hanya pencipta watak yang tau apa yang ada di sebalik wajah dan senyuman. Hanya watak yang tau maksud di sebalik madah dan siulan.

Kadangkala senyumnya sumbing, tapi ia ikhlas diukir. Kadangkala tawanya riang, tapi tersembunyi di sebaliknya tangisan. Kadangkala kelakuannya baik, tapi ada dendam di sebalik hati. Kadangkala kata-katanya tajam, tapi baiknya dia tak pernah diselami.

Kasihan, pada watak yang dicipta sememangnya tidak sempurna, tetapi berusaha sekerasnya untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan itu untuk menjadikan diri digilai dan dipandang tinggi. Lebih kasihan apabila caranya menjatuhkan martabat watak sampingan untuk menjadi watak utama. Sempurnalah rasa kasihan itu apabila melihat watak itu berkata-kata seolah-olah dia tidak pernah melakukan sedikit pun kecelaan di mata mereka. Yang tahu, hanya DIA..

Sunday, October 16, 2011

~kedatangan dan kepergian..kuasa ALLAH~

Assalamualaikum..


Bila termenung muhasabah diri maghrib2 ni, melayang lak aku kat semua benda yang terjadi dalam hidup aku lately ni..anugerah ALLAH yang aku terima, subhanallah..sangat5 aku hargai..alhamdulillah..aku sangat bersyukur..memang betul..dalam setiap kesusahan, akan ada kesenangan..dalam kesedihan, mesti akan ada kegembiraan..macam pelangi lepas hujan panas..

Hari ni aku berusia 23tahun 16hari..hari lahir bermakna kematian semakin hampir..dan sepanjang ini, dah banyak benda yang aku dah buat..salah, silap, betul, benar..semua aku belajar..dan ambil pengajaran..oh..tak lupa..hari ni jugak dah 16 hari aku menjadi tunangan orang..alhamdulillah..ni lah yang aku kata anugerah ALLAH untuk aku..aku bersyukur, selepas banyak airmata yang mengalir, akhirnya bibir aku mampu tersenyum..di hari lahir aku sendiri..alhamdulillah.. :)

Tapi tak semuanya indah tau..aku juga mengalami satu kehilangan pada hari yang sama..yup..kehilangan seorang yang kononnya menggelarkan diri beliau cik sahabat..pada hari pertunangan aku pun, dia tetap menghilangkan diri..tapi aku bukan siapa2 pun nak paksa dia untuk teruskan persahabatan walaupun kami telah bersahabat selama 7 tahun..entahlah..walaupun aku kehilangan seseorang, tapi ALLAH anugerahkan aku lebih ramai pengganti..dan aku yakin dia juga mempunyai ramai lagi rakan2 yang bersamanya sekarang walaupun mungkin dia lupa bahawa rakan2nya itu bersamanya ketika dia senang..susahnya sebelum itu masih bersama aku..kacang lupakan kulit ke ek?taklah kot..aku biarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri..tak akan aku pujuk dia kembali sebab hati ni dah terlalu kecil dan penuh dengan kasih sayang semua orang sampai tak ada ruang untuk dia lagi..aku pulangkan paku buah keras?eh..itu juga tidak..sebab terlalu banyak perkara yang tak aku dedahkan dan aku rasa biarlah hanya ALLAH yang mengetahuinya..

Walau apepun, aku tetap maafkan dia..semoga dia beroleh kebahagiaan yang dia inginkan..insyaALLAH..

aku maafkan kamu..
tak perlu kita ketemu..
cukup kau tahu yang aku maafkan kamu..
tolong teruskan hidup..
jangan sebut namaku..

Wednesday, October 5, 2011

~patah seribu~

Biar kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku

Bilakah kau akan mengutuskan surat buatku?
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu..

Patah seribu hatiku bila mengenangkan segala yang kita bina bersama..
Haruskah ku lupa kerana engkau telah pergi?

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap merasa kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota cinta buat kita berdua..
Bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu?
Kan ku bakar semua..
Hapuskan semua kenangan..

Sayang,
Ku nohon padamu..
Segera tinggalkanku..
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju..
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku..
Pergilah...

P/s: thanks for the past years of friendship...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, July 25, 2011

~cermin~

Kau angkat tangan, aku angkat tangan.
Kau angkat kaki, aku pun angkat kaki.
Kau angkat kening, aku ikut angkat kening.
Kau tanya kenapa, aku jawab, "mestilah! Aku kan cermin".
Kau pelik dan terus pandang aku.
Kau cuba berkata-kata dan menyuruh aku diam, tapi mulut aku tetap bergerak mengikut kata-kata kau.
Berkerut dahi kau.
Marah barangkali. Bingung juga mungkin.
Kau cuba lagi. Kali ini kau buat sesuatu yang pada pandangan kau aku tak mampu ikut.
Tapi aku tetap ikut.
Akhirnya, kau fed up dan marah aku.
Aku kata, "kan aku cermin. Jadi, setiap perlakuan kau memang aku akan ikutlah."

*kalau rasa taknak orang buat kita, kita jangan buat orang. Layanlah setiap sekelian alam seperti mana kita mahu dilayani.*

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 23, 2011

~dugaan ALLAH ada maksudnya~

Setiap yang berlaku ada sebab. Rahmat. Dugaan. Sabar kata kuncinya. Setiap yang berlaku pada kau, dah pun aku rasainya. Ya. Kau. Dan kau juga. Kecewa itu biasa. Dulu aku menangis sebab tak faham apa maksudnya. Tapi bila aku dah rasa nikmat sabar, airmata aku berhenti macam tu sahaja. Pelik. Tapi itu hakikatnya.

Dugaan tu ada dua maksud je. ALLAH tu nak suruh kita belajar sabar, pengakhirannya sesuatu yang menggembirakan. Atau, ALLAH memang nak tunjuk yang itu bukan yang terbaik, and the best has yet to come. Tak kisahlah, hubungan, atau hidup, atau apa sahaja. Sekali lagi aku highlightkan, sabar kata kuncinya. Biasalah, baru nak hadapi memang sakit. Rasa jantung macam ditoreh-toreh. Dirobek-robek. Airmata mesti jadi sahabat baik masa itu. Tapi, doa lah juga. Kalau kita nak minta sesuatu daripada mak kita, tapi kita tak pernah minta, macammana mak kita nak tahu, kan? Sama jugalah dengan ALLAH. Mintalah. InsyaALLAH dia bagi. Entah-entah siap dapat lebih atau yang terbaik. Sweet kan ALLAH? :)

Kesimpulannya, kepada kau dan kau, sabar. Jangan menangis, sayang. Kelak yang terbaik akan datang.

Saturday, July 16, 2011

~aku~

Aku.
Kaku.
Beku.

Tidur, tapi aku berjalan.
Menyusuri hari-hari di masa depan.
Atau mungkin juga di masa lalu.
Ah! Persetankan semua itu.

Aku letih untuk menjadi sempurna.
Letih untuk menjadikan hidupku sempurna.
Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Cuma kau yang tak tahu hargainya.

Kenapa?
Hanya kau yang tahu jawapannya.
Semoga kau tahu apa kesannya.

Oh! Rupanya aku sudah terjaga.
Berada di dunia nyata.
Ya. Memang kau tetap sebegitu rupa.
Ah! Ku persetankan lagi itu semua.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 10, 2011

~ minda aku ~

Fikiran menerawang ketika bermain daun terup. Hmmph! Memang kalahlah aku. Ish! Asyik merayau saja minda aku ni tau. Langsung tak boleh duduk diam. Macam tuannya.

Eh! Yelah. Terlupa pula aku kalau aku yang mengawal minda aku. Tapi minda aku ni degil. Tak mahu pulang walaupun dipanggil. Suka bermain di ruang kenangan sampai letih. Itu pun nak ke masa depan, masih.

Tapi ada juga bagusnya. Sekurang-kurangnya aku tak tenggelam dalam kepanasan cuaca. Sebab yang aku fikirkan adalah masa. Aku tak lelah mengutuk manusia. Sebab minda aku tak mahu pulang untuk buat itu semua.

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku salah. Sebab aku tahu, diam juga tak bererti kalah. Aku tak kisah kalau kau nak berbalah. Sebab aku tahu, kau memang suka cari masalah. Individualistik? Eh, kadang-kadang itu perlulah! Jadi, renung-renungkanlah.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, June 12, 2011

~12 Jun 2011~

Wah..dah lama juga blog ni berhabuk..aduhai..maklumlah..sibuk..tengah belajar cara hidup berumahtangga..eyh!salah!haha! *mode gatal* Takdelah..sekarang tengah belajar camne nak kuatkan hati n kesabaran..camne nak memendam rasa tanpa mempamerkan sikit pun reaksi wajah..nak act bese je walaupun tengah marah..maklumlah..hidup berdua tak mudah..lagi-lagi bila dalam keadaan di mana kita memang tak akan boleh bersuara..lagi kena banyak sabar..yelah..memang betul perempuan tak boleh bagi muka sangat kat lelaki ni..tapi camne pulak kalau perempuan perlu mengalah untuk mengelakkan pergaduhan sebab lelaki tak akan mengalah walaupun itu kesalahan dia?fikir-fikirkanlah..jangan nanti dah kehilangan baru nak berubah..terlambat sudah..

Published with Blogger-droid v1.7.1

Tuesday, May 10, 2011

~100511~

Hujung minggu yang terbaik..itu je yang aku boleh gambarkan pada keadaan aku sekarang..gaji tak masuk, jatuh tangga sampai tulang pelvis kiri bengkak..memang sangat menarik..terlalu menarik sehingga aku perlu survive sampai hari ini..nasib baik encik lelaki ada..kalau tak, naya..

Tentang gaji tu, aku rasa memang nak meletup dah ni..kalau ikutkan hati, memang aku nak berambus je..geram!kerja semua nak pantas, nak efisyen, nak cepat..tapi gaji, company ni lah yang paling liat nak bayar..langsung tak pandai nak hargai pekerja..sebab tu pekerja kau hari-hari maki kau dan doakan kau mati..tahu?!oh ye..by the way, aku tahu memang kau akan baca ni sebab kau memang suka nak baca blog aku..kan kau silent reader terhormat aku kan..sebab tu aku suka nak berterus-terang kat sini..biar kau tahu yang aku sebenarnya memang dah terlampau amat muak nak kerja dengan kau dan mak bapak kau yang ntah apa-apa tu..nak salahkan payment kerajaan konon..sekali kena dengan bukti, amek kau!terdiam tak terkata terus..baru kau tau kan..kalau hari ni kau masih tak clearkan gaji, aku pula yang akan ke pejabat buruh tu nanti..tengok lah..awas kalau aku yang pergi!oh..lagi satu..aku tak hairan pun kalau kau nak buang aku..sebab kau jugak yang akan rasa sakitnya..dahlah pekerja semakin kurang, buang aku yang setiap hari kau panggil untuk buat semua kerja kau termasuk menjawab panggilan dan e-mail cacai-cacai kau tu..so, kalau kau rasa berbaloi untuk buang aku, buanglah..carilah pulak pekerja yang boleh bertahan macam cacai kau yang dah sememangnya ada di ofis ni..cuma aku nak ingatkan kau lah..diorang tu semua, nampak je baik depan kau..belakang kau, diorang pun sama je macam kitorang yang bencikan kau ni..mengutuk tak ingat dunia..kau je yang tak tahu kan..sila lah terima hakikat dan kenyataan ye..sebab aku rasa tak lama lagi company kau ni akan bankrupt..sebab dah ramai orang yang kau aniaya..fikirlah..

Kepada encik lelaki, terima kasih kerana menjaga I sepanjang kejatuhan I..maksud I, kejatuhan dari tangga lah..hehe.. ;p

Thursday, May 5, 2011

~050511~

Bila aku kenangkan hari ni, takdelah apa yang special sangat pun..hari-hari biasa yang dilalui oleh gadis biasa..wah!gitu..macam biasa..datang kerja dengan hati yang semakin tak ikhlas..or boleh aku kata langsung tak ikhlas.. ;) ade boyfriend pun sama cam takde..still being alone..bosses yang bossy..biasalah tu..hari-hari pun aku lalui benda tu..kecuali part yang tak ikhlas tu la..yang tu baru akhir-akhir ni je..huhu..cuma hari ni sunyi sikit sebab seorang daripada bos tu takde..ntah ke mana hilangnya..selasa nanti baru balik..aku harap aku tak sempat jumpa dia la sebelum aku blah..oh ye..lupa pulak nak bagitau..aku akan start kerja baru..16 mei nanti..dengan gaji yang berkali ganda lebih mahal..adoi..macam kerek je bunyinya kan..takde..cuma nak bagitau yang aku puas hati sebab ada je orang yang lebih hargai aku daripada bosses yang bossy tu..


Bila aku fikir balik, betul apa orang selalu kata..tak semua yang kita nak kita boleh dapat..kadang-kadang yang kita tak nak tu lah yang datang pada kita..banyak yang berlaku pada aku..dari dulu..sekarang ni ada satu perkara..tapi aku tak nak state kat sini..nanti dikata tak bersyukur pulak..maklumlah..aku kan tak boleh cakap lebih-lebih..nanti jatuh pulak kuasa dan ego orang sebab terpaksa mengaku salah sendiri..jadi, akulah yang kena bertanggungjawab ke atas semuanya walaupun aku rasa aku pun ada hak untuk dapat perhatian yang sepatutnya aku dapat daripada orang yang katanya sayangkan aku..terfikir kata-kata sahabat aku petang tadi.."tu maknanya apa?dia tak sayang sangat kat kau lah!hahaha!"..ada betulnya juga aku rasa..mungkin ni masa untuk aku balik ke tempat asal aku..aku dah terbang terlalu tinggi..berangan je cik su ni..haih!tapi pesanan seseorang pun ada betulnya.."ALLAH always knows what's best for us..so always pray..and don't stop praying"..aku leka sangat dengan nikmat yang DIA bagi..sekarang DIA mungkin nak bagi peringatan kat aku..tengok dari positive side lah..

Penyelesaiannya?I must lead a happy single life..it's for my own good..kena selalu ingatkan diri sendiri lah.."Tolong ingatkan aku..kisah kau tersedar..hanya saku penyeluk masa"..memang betul tu..dia hanya saku penyeluk masa.. :)

Sunday, May 1, 2011

~cinta si bunga tembam~

Assalamualaikum..


Hey guys..xpe je kn kalau curi tajuk cite tv3 semalam kn?sj je nk tunjuk yg smlm aq dpt tgk tv..hehe.. ;p btw, cite smlm menarik..mmg menarik..n sedih..banyak pengajaran..tapi sayangnye hanya perempuan dan SEGELINTIR lelaki je yg amek pengajaran 2..yg lain. tgk buta jek..xpun, haram xtgk..haih..mmgla org kate cite melayu ni slalunye ntah ape2..tp 2 selalunye..bukan semua..ade je cite melayu yg bgus utk tgk..cnthnye mcm cite smlmla..

Bile aq tgk cite smlm, aq jd sedih..mmg kebanyakan lelaki jenis yg xtau cmne nk hargai bile org yg syg die ade depan mata,kn?bile da hilang, baru cbuk nk nyesal..nk cari..tp mmg da terlambatla..cm cite smlm 2..endingnye, pmpn 2 kawen dgn org lain gak..n lelaki 2 terpakse gak beralih pd si 'org ketiga'..what to say?mase ade, dibuang2..2la padahnya..kalau kena dapat si 'org ketiga' yg mcm harem, mmg lg terbaikla pakejnye kn..nk nyesal pn da terlmbt da..

Aq paling suke part 'antara bunga ros dan bunga tahi ayam, yang mana lebih baik?'..ade betulnye ape yg dijawab..walaupun bunga ros wangi dan cantik, tapi bunga 2 xley kekal lama..n walaupun bunga tahi ayam busuk dan buruk, bunga 2la yg akan kekal lama..so guys, renung2kan..dan selamat beramal.. :)

Friday, April 29, 2011

~perfect nightmare~

Sometimes we fight..
Sometimes I cry..
Why don’t I j

ust tell him goodbye?

Sometimes I should,

but sometimes I don’t..

Build up the strength to s

ay that it’s wrong..

Sometimes I hate..
Sometimes I love..
Sometimes I hurt..
Sometimes I don’t..
Sometimes I wait f
or him to change..

But it’s okay,

I’ve disguised the pain..

And I don’t ever wanna leave him alone
They say i’m brainwashed, but i’m in love w

ith this man..

Keep telling myself that it’s not worth it
I already know I don’t deserve it
But if it’s from you I don’t mind hurting
This is my perfect nightmare
So when will I wake up and scream '

No way'?

Sometimes I keep my cool..
Sometimes I let him know..
Sometimes I even pack my bags to walk out the door..
Sometimes I feel safe..
Sometimes I really don’t..
Sometimes I promise that i’m ready to let him go..

Hoping he’s changing, b

ut i’m scared he’s not..

Can’t see a way to leave..

Help me open my eyes..

:'(

Tuesday, April 19, 2011

~goodbye lullaby~

Of all the things I've believed in, I just want to get it over with tears from behind my eyes
But I do not cry
Counting the days that pass me by

I've been searching deep down in my soul
Words that I'm hearing are starting to get old
It feels like I'm starting all over again
The last three months were just pretend

And I said
Goodbye to you
Goodbye to everything I thought I knew
You were the one I loved
The one thing that I tried to hold on to

I still get lost in your eyes
And it seems that I can't live a day without you
Closing my eyes and you chase my facts away
To a place where I am blinded by the light
But it's not right

And it hurts to want everything and nothing at the same time
I want what's yours and I want what's mine
I want you but I'm not giving in this time

And when the stars fall
I will lie awake
You're my shooting star..

~silent readers menyusahkan?~

Assalamualaikum..


Pagi2 aq da nak membebel..bukan ape..sebelum mata mengantuk sebab makan ubat, baik aq menulis dulu..pasal apa yang berlaku pada aq yang mengaitkan orang2 sekeliling aq..hurm..tajuk ni cm merendah2kan readers aq je bunyinye kn.. (walaupun ada gak bunyi cm perasan sendiri yg blog ni ade silent readers..hihi..) bukan niat aq nak wat cm2..cume kdg2 ade silent readers ni menyusahkan aq..

Sume org suke kalau kite ade silent readers..yela..kdg2 pendapat dr strangers 2 bagus sbnrnye..cume yg xley blah nye, silent readers yg membaca bukan untuk komen yang membina, tapi nak menyibuk..adoi..jangan busybody boleh tak?kalau aq kata aq memang tak suka kau, kau marah..walaupun aq ley kata yang kau ni bertuah sebab aq tak pernah kutuk kau kat blog aq ni..plus, aq xsediakan blog ni untuk kau baca pun..macam aq yg xpernah nk sibuk hal hidup kau yang kononnya eksklusif sangat tu, macam tu jugakla aq xnak kau sibuk kat hidup aq..kalau aq rasa aq xnk bekerja dgn kau, apa kejadahnya aq duduk kat c2 da nk masuk 2 bulan ni?kalau aq memang btol2 g tempat lain macam yg kau khbar2kan 2, xde mknenye aq nk tgu kt tempat kau yang tak seberapa 2..2la kau ni..baik2 aq ikhlas nak bekerja, skang aq da mula tawar hati dengan perangai kau..

Lagi satu pasal sakit..aq taula mmg ramai yg sengaja amek mc because of malas..tapi come on la babe..takde kejela aq nak membazir duit g menipu doktor 2 semata-mata untuk dapatkan mc..adoiyai..aq bukan org kaya cm kau..baik aq simpan duit 2..ade plak org yg plan nk skit..aq bukan cm bangsa kau yg sememangnya suka cakap berbelit2..n mungkin jugak suka mengarah orang je taunya..huhu..amek2la iktibar k..kalau kau nak pekerja kau hormat kau, kau pun kenela hormat n jaga kebajikan pekerja kau..renung2kan.. :)

Monday, April 18, 2011

~versi baru~

Assalamualaikum..


Dengan suara yang takde ni, aku nak jugak berceloteh kat cni..naseb baik kat cni tak payah pakai suara..ok..so, ape yang versi baru?haa..tu yang menarik nak kongsi tu..2 3 hari ni mood aku memang tak baik..yela..encik lelaki buat hal kan..tapi yang paling bestnye, dia tak rasa itu salah dia pun..aku punya perangai pulak, sekali orang buat baik dengan aku, sepuluh kali aku ley buat baik dengan die..tapi sekali orang buat jahat dengan aku, sepuluh kali aku boleh lebih jahat dari 2..

Jadi, kesimpulan daripada conversation semalam adalah, i'll live my life as i'm single..come on..memang aku single pun..cume tak available je..lom kawen pun kan..bukan ape..kalau aku tumpukan cinta aku pada encik lelaki je, nanti aku sakit hati..sebab aku bukan keutamaan dia..jadi, aku pun akan letak dia sebagai options gak la..yang ke berapa tu rahsia la kan..yang pasti bukan yang pertama lagi dah..macam yang kawan baik aku cakap, aku ni macam cermin..betul lah tu..memang aku jenis yang pulangkan balik apa yang orang buat kat aku..tapi bukan sekelip mata okeyh..aku takdela sekejam tu..tapi selepas kesabaran aku sampai ke kemuncak, aku akan buat apa yang aku mampu buat..

Macam yang aku cakap before ni la..bukan aku mintak harta berjuta or rumah or ferrari sebijik..aku cuma mintak masa dan perhatian je..tapi kalau tu pun tak mampu nak bagi, hurm..memang pelikla kan..tapi takpelah,..untuk pujuk aku sekarang pun dah terlambat..i've already spoken..pada encik lelaki, sorryla..tapi aku kena jadi defensive untuk lindungi hati aku yang fragile ni..daripada bagi kat kau n kau tak jaga n dia akan pecah since it's fragile, baik aku jaga sendiri..treat people like how u want to be treated..dah ni yang kau mintak, ni lah yang aku bagi..since then, take care ya..daa.. :)

Saturday, April 16, 2011

~all cried out~

All alone on a Sunday morning
Outside I see the rain is falling
Inside I'm slowly dying, but the rain will hide my crying..

Don't you know my tears will burn the pillow?
Set this place on fire cause I'm tired of your lies
All I needed was a simple "Hello"
But the traffic was so noisy that you could not hear me cry..

I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure, my heart never knew such pain
You leave me so confused
Now I'm all cried out over you..

Never wanted to see things my way
Had to go astray, why were you such a fool?
Now I see that the grass is greener
It is too late for you to find your way home
How could you be so wrong?
Leaving me all alone..

Don't you know my tears will cause an inferno?
Romance up in flames, why should I take the blame?
You were the one who left me neglected
Apology not accepted, add me to the broken hearts you've collected..

I gave you all of me
How was I to know you would weaken so easily?
I don't know what to do
Now I'm all cried out over you..

Friday, April 15, 2011

~sumpah marah!~

Assalamualaikum..

Hari ni aq memang giler punye marah!aq ingat dari pagi mood aq elok, xde yg nk merosakkan mood aq..rupenye ade gak manusia2 yg xberhati perut n langsung xreti nk jaga hati org..aq marah, ketawa..mcm aq ni xserius langsung..ade pun macam xde..kalau xde, senang..aq tau nk pujuk ati aq..ni x..mse nk amek ati aq dlu, bukan main manisnye..ape pun sanggup..ponteng kerja pun takpe..sekarang, aq mampus pun xheran agaknye!aq kne tinggal sorg2 pun xkisah..klu aq ckp, haram sepatah pn xnk dengar..selfish!langsung xnk kisah hati n perasaan org..taunye, bile die perlukn aq, aq ade..aq perlukn die ke x, lantak!dunia ni memang xadil cm2 ke?ke aq yg terlalu berlembut smpai org pijak kepala aq cmni?janganla ajar aq jadi kurang ajar..aq da cukup baik, nak berubah, berlembut..xnk marah..xsuke aq marah kononnye, tapi hari2 nak wat aq marah..adil ke cm2?

Aduhai lelaki..
Aq xmintak banyak..xmintak duit berjuta pun..xmintak kereta sebuah atau rumah banglo pun..aq cume mintak perhatian je..tu pun susah sangat ke nak bagi?aq tau aq xmampu nak bayar harga masa dan perhatian kau yg kononnye mahal sangat tu..tapi kalau kau kata kau sayang aq, xkan 2 benda 2 pun kau tak boleh nak bagi?aq xsuruh kau ada dengan aq 24/7..at least angkatla call..or please bother to call me back after that..aq penatla..kalau aq kate aq malas nak kisah pasal kau, nanti kau kata aq marah lebih2..tapi, kalau kau mampu berada di tempat aq, kau akan tau camne rasanya bila orang buat kau cmni..time kau perlukan aq, aq ade je untuk kau..kul 3 pagi pun aq bangun..tapi bile aq perlukan kau, ape yg aq dapat?paling2 pun ayat 'I ade je'..tapi ade ke?tp aq tau ego kau terlalu amat tinggi untuk kau akui yang itu salah kau..aq tau kau akan tetap tuding jari kat aq..memang..memang aq yg kena tinggal sorg2 taking all the blames..fine lah..buatlah ape yg kau suke..aq pun akan buat ape yg aq suke..tapi ingat..jangan sekali-kali kau marah kalau aq buat ape yg aq suke..sebab sabar aq dah sampai kemuncak..serius!

Thursday, April 14, 2011

~annoying,tapi...~

Assalamualaikum..

Hey guys..agaknye korang leh teka tak pe yg aq nk ckp kali ni?mestila tak kn..aq tau..huhu..ade 2 benda yg annoying utk aq kali ni...

Yg 1st, aq xtau nk address kt spe..golf ke laki aq..huhu..maybank ni pn satu..wat malaysian open pulak kn..kesannye?aq knela tinggal sorg2 weekend ni..adoiyai..yg laki aq ni pn, klu sebab golf, aq pn die lupe..hurm..payah2..pas2 confirm2la call pn xangkat, message pn xreply..2 yg annoying sgt 2..dhla tinggal aq sorg2, pas2 wat cm2 lak..nk kuar dgn org lain, xleh..nk kuar dgn girl friends, sume pn bz dgn bf..haih..naseb2..

Yg 2nd ni cm sensitif ckit la..psl ofis..staff 2 be exact..Dulu aq rase staff kerajaan je yg xde keje n kuat berborak..rupe2nye, staff swasta pn sme je..kolej tempat aq keje ni indian yg punye..so staff die rmai yg indian la..yg melayu yg ade kt ofis ni cume aq n sowg trainer lelaki..tp bese r..lelaki mne amek port sgt kn..bile bos xde, confirm puan asst manager n staff yg kt belakang die berborak..mslhnye ckp tamil..berbelit telinga aq mendengarnye..bising lak 2..adoi..diowg ni boleh tahan bossynye..pantang ade keje, sume suh org lain wat..aq pn xtau la diowg ni wat ape..haih!xfaham aq..

Tapi, tu lah lumrah kehidupan kan..annoying, tapi..kenelah adapt..huhu..have a nice day everyone.. :)

Monday, April 11, 2011

~monday blues~

Assalamualaikum..

Hey guys..monday now..starting of the 2nd week of April..hurm..msti rse cm mls2 jek kn ari ni..aq pn mule2 td cm2 gak..rse mls je nk bgn g keje..tp bile dgr my love said "there is no such thing as monday blues. It depends on how you define your own monday", semangat lak tibe2..huhu..xdela semangat sangat sebab tau isnin bermaksud aq kene tunggu another few days before aq ley jumpe encik gula hati aq lagi..tp memandangkan die yg bg semangat, aq kene kuatkan semangat..semoga yg aq lalui hari ni sumenye menyenangkan hati..insyaALLAH.. :)

Semalam jumpa adeq aq..cik drummer yg chanteq molek 2..bercerita tentang zaman kanak2 yg aq lalui dulu (chewah!padahal beberapa bulan yang lalu jek..hihi..), buat aq cm tersenyum sendiri..kenangkan betapa kanak2nye aq dulu..tp bnyk bende yg da berubah..btolla org kata..people change..kdg2 depan kite nmpk baik, tp sekelip mata je ley berubah..yg kononnye care psl kite, skang langsung xbertanya khabar..aq wonder gak sbnrnye..kakak yg mesti tny khabar adeq dlu ke?hurm..ntahla..xfhm..

Oh..btw..ade gak yg menarik utk aq dengar dan kongsi..cik abg yg kononnye dlu xbersedia nk couple or doing whatever shit that is, skang dengarnya da berpunya..alhamdulillah..bgusla..2 maknenye hati da terubat.. =p dengar kata gak, awek die muke cm pelakon hot malaysia..urgh!haha..xdela jeles..sume org pn cntik..asalkan aq nmpk cantik pd encik gula hati aq dhla..ehee.. ;p Tapi aq kagumla dgn die..sebab die xamek mse lame nk ubat hati die cm aq dlu..setahun lebih gak aq xley get rid of him..tp die jap je..lelaki..2la bezanya kn..2 yg pmpn tkot nk cy laki 2..huhu..

Apepn, smoga sume org bahagia dgn jln hidup msing2..amin.. :)