Assalamualaikum...
Malam ini memaksa aku untuk menulis walaupun pada hakikatnya aku ingin melarikan diri sebentar daripada dunia blogging sebab ingin memberi ruang untuk idea itu datang..pembacaan, pemikiran dan perbualan yang terjadi sejak akhir-akhir ini banyak memberi aku kesedaran..tentang tanggungjawab, tentang diri, kehidupan, hati dan perasaan..membuatkan aku sedar bahawa mencintai tak semestinya memiliki, tapi kita akan dapat menerima hakikat kalau kita tahu erti sebuah rasa syukur yang tak terhingga terhadap nikmatnya mencuba dan berusaha walaupun akhirnya hasil yang diterima tak seperti yang diharapkan..ya..mungkin kita tak sedar bahawa hati kita adalah seperti lautan..luas, hingga tak kelihatan pesisirnya..dalam, hingga tak terduga dasarnya..jangan sampai tersesat, bimbang tidak akan bertemu pangkalnya..
Dulu aku jahil..jahil dalam menebak satu perasaan..jahil dalam mengemudi satu perhubungan..jahil dalam memberi erti kasih sayang..yang aku tahu hanyalah mengharap dan berharap..dan juga memberi harapan..hinggakan ada hati yang terguris..ada perasaan yang terhiris..dek kerana usia, aku menjadi semakin matang untuk menentukan yang terbaik buat diriku..dan orang-orang di sekelilingku..aku menjadi tegar, namun air mata turut setegar hatiku untuk terus tumpah membasahi pipi..entah kenapa..mungkin inilah ujian-Nya buatku agar aku lebih menghargai erti kehidupan..agar aku tahu erti sebuah kesyukuran..
Buat dia yang telah kulepaskan pergi..kamu mungkin tidak lagi membaca nukilan ini..kerana mungkin di hatimu telah kau bina satu dinding pemisah buatku..aku tidak kesal..malah bersyukur dan berterima kasih kepadamu..kerana kau telah mngajar dan memberiku seribu satu rasa yang belum pernah aku rasakan sebelumnya..kau mengajar aku erti cinta, bahagia, suka dan duka..kau buat aku tahu erti menghargai dan dihargai, mencintai dan dicintai, menyayangi dan disayangi..walaupun aku pernah menyalahkanmu satu ketika dahulu, tetapi aku mahu kau tahu bahawa rasa itu sengaja aku cipta untuk melindungi harapan bahawa kita akan tetap berjodohan seperti yang telah kita rancangkan..namun akhirnya aku redha..menerima kehadiranmu sebagai satu persinggahan dalam hidup..dan menjadikan kisah cinta kita sebagai satu pohon kenangan yang telah kutanam disudut pulau sepi yang tercipta dalam taman hatiku semenjak kau pergi..walaupun buahnya tidak lagi subur, namun aku akan terus menjaganya agar tidak akan mati..terima kasih kerana pernah meletakkan aku di tempat yang istimewa di hatimu suatu masa dahulu..
Buat dia yang bakal menghuni hati kini, ketahuilah bahawa aku amat menghargai kehadiranmu sebagai pemangkin semangatku di saat aku tenggelam dalam arus dan terbuai mengikut ombak kesedihan hatiku..aku juga berterima kasih kerana kau sudi memberikan cahaya di sebuah pulau baru yang telah kau bina di dalam hatiku..semoga apa yang kita rancangkan akan menjadi kenyataan..insyaALLAH..semoga kau dapat membimbingku di jalan yang penuh berliku..
2 comments:
uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........
cm novel lak kn bnynye..hehe.. ;p
Post a Comment