CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 25, 2011

~cermin~

Kau angkat tangan, aku angkat tangan.
Kau angkat kaki, aku pun angkat kaki.
Kau angkat kening, aku ikut angkat kening.
Kau tanya kenapa, aku jawab, "mestilah! Aku kan cermin".
Kau pelik dan terus pandang aku.
Kau cuba berkata-kata dan menyuruh aku diam, tapi mulut aku tetap bergerak mengikut kata-kata kau.
Berkerut dahi kau.
Marah barangkali. Bingung juga mungkin.
Kau cuba lagi. Kali ini kau buat sesuatu yang pada pandangan kau aku tak mampu ikut.
Tapi aku tetap ikut.
Akhirnya, kau fed up dan marah aku.
Aku kata, "kan aku cermin. Jadi, setiap perlakuan kau memang aku akan ikutlah."

*kalau rasa taknak orang buat kita, kita jangan buat orang. Layanlah setiap sekelian alam seperti mana kita mahu dilayani.*

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 23, 2011

~dugaan ALLAH ada maksudnya~

Setiap yang berlaku ada sebab. Rahmat. Dugaan. Sabar kata kuncinya. Setiap yang berlaku pada kau, dah pun aku rasainya. Ya. Kau. Dan kau juga. Kecewa itu biasa. Dulu aku menangis sebab tak faham apa maksudnya. Tapi bila aku dah rasa nikmat sabar, airmata aku berhenti macam tu sahaja. Pelik. Tapi itu hakikatnya.

Dugaan tu ada dua maksud je. ALLAH tu nak suruh kita belajar sabar, pengakhirannya sesuatu yang menggembirakan. Atau, ALLAH memang nak tunjuk yang itu bukan yang terbaik, and the best has yet to come. Tak kisahlah, hubungan, atau hidup, atau apa sahaja. Sekali lagi aku highlightkan, sabar kata kuncinya. Biasalah, baru nak hadapi memang sakit. Rasa jantung macam ditoreh-toreh. Dirobek-robek. Airmata mesti jadi sahabat baik masa itu. Tapi, doa lah juga. Kalau kita nak minta sesuatu daripada mak kita, tapi kita tak pernah minta, macammana mak kita nak tahu, kan? Sama jugalah dengan ALLAH. Mintalah. InsyaALLAH dia bagi. Entah-entah siap dapat lebih atau yang terbaik. Sweet kan ALLAH? :)

Kesimpulannya, kepada kau dan kau, sabar. Jangan menangis, sayang. Kelak yang terbaik akan datang.

Saturday, July 16, 2011

~aku~

Aku.
Kaku.
Beku.

Tidur, tapi aku berjalan.
Menyusuri hari-hari di masa depan.
Atau mungkin juga di masa lalu.
Ah! Persetankan semua itu.

Aku letih untuk menjadi sempurna.
Letih untuk menjadikan hidupku sempurna.
Tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada.
Cuma kau yang tak tahu hargainya.

Kenapa?
Hanya kau yang tahu jawapannya.
Semoga kau tahu apa kesannya.

Oh! Rupanya aku sudah terjaga.
Berada di dunia nyata.
Ya. Memang kau tetap sebegitu rupa.
Ah! Ku persetankan lagi itu semua.

Published with Blogger-droid v1.7.2

Sunday, July 10, 2011

~ minda aku ~

Fikiran menerawang ketika bermain daun terup. Hmmph! Memang kalahlah aku. Ish! Asyik merayau saja minda aku ni tau. Langsung tak boleh duduk diam. Macam tuannya.

Eh! Yelah. Terlupa pula aku kalau aku yang mengawal minda aku. Tapi minda aku ni degil. Tak mahu pulang walaupun dipanggil. Suka bermain di ruang kenangan sampai letih. Itu pun nak ke masa depan, masih.

Tapi ada juga bagusnya. Sekurang-kurangnya aku tak tenggelam dalam kepanasan cuaca. Sebab yang aku fikirkan adalah masa. Aku tak lelah mengutuk manusia. Sebab minda aku tak mahu pulang untuk buat itu semua.

Aku tak kisah kalau orang nak kata aku salah. Sebab aku tahu, diam juga tak bererti kalah. Aku tak kisah kalau kau nak berbalah. Sebab aku tahu, kau memang suka cari masalah. Individualistik? Eh, kadang-kadang itu perlulah! Jadi, renung-renungkanlah.

Published with Blogger-droid v1.7.2