Kau angkat tangan, aku angkat tangan.
Kau angkat kaki, aku pun angkat kaki.
Kau angkat kening, aku ikut angkat kening.
Kau tanya kenapa, aku jawab, "mestilah! Aku kan cermin".
Kau pelik dan terus pandang aku.
Kau cuba berkata-kata dan menyuruh aku diam, tapi mulut aku tetap bergerak mengikut kata-kata kau.
Berkerut dahi kau.
Marah barangkali. Bingung juga mungkin.
Kau cuba lagi. Kali ini kau buat sesuatu yang pada pandangan kau aku tak mampu ikut.
Tapi aku tetap ikut.
Akhirnya, kau fed up dan marah aku.
Aku kata, "kan aku cermin. Jadi, setiap perlakuan kau memang aku akan ikutlah."
*kalau rasa taknak orang buat kita, kita jangan buat orang. Layanlah setiap sekelian alam seperti mana kita mahu dilayani.*
Monday, July 25, 2011
~cermin~
Published with Blogger-droid v1.7.4
Posted by suhailah salahuddin at 11:11 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kaksu... nk mintak kak su delete je blog sinkro tu.. ye2? nnt kita buat lainlah.
btw, ni penangan baca buku ZA ke hape? bersajak lak skrg nih.. :]
Xlah..tulis ikut hati..deletela..kau kan salah sorang admin.. :)
Post a Comment