CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 11, 2011

~kesusahan~

Assalamualaikum..


Susah..tak ada apa yang senang dalam hidup ni..semuanya susah..lebih-lebih lagi bila kita keseorangan..tapi dari kesusahan itulah kita belajar dan mencari erti kesenangan..bila kesenangan itu sampai, tak ada siapa yang tahu kecuali ALLAH..sebab DIA yang tulis perjalanan kehidupan kita..susah atau senang, cuma DIA dan kita sahaja yang tahu..orang sekeliling hanya mampu melihat..atau mungkin mendengar..dan 'bersabarlah' - perkataan paling cliche yang pernah aku dengar, dan mungkin akan aku dengar sampai bila-bila..aku?tak mampu buat apa-apapun..

Susah..bila kita nak meluahkan, atau mungkin aku patut kata perlu meluahkan, tapi kita tak boleh meluahkan dan semua perkara itu hanya boleh dipendam jauh di sudut hati..

Susah..bila kita boleh memahami hampir setiap orang di sekeliling kita, tapi tak seorang pun mampu memahami isi hati kita..

Susah..bila kita terlalu menyayangi seseorang sehingga kita tak mampu untuk marah tapi hanya mampu menangis sendiri untuk melepaskan perasaan yang tak mungkin akan dia fikirkan bagaimanakah rasanya kalau dia berada di tempat kita walaupun sejenak..

Susah..bila kita tak mampu untuk tidak mempedulikan orang yang perlukan kita walaupun pada hakikatnya hampir setiap masa dia tidak mempedulikan kita..

Susah..bila hampir setiap masa kita tak mampu untuk berhenti daripada memikirkan keadaan orang yang tak pernah fikirkan keadaan dan hati kita..

Pelbagai kesusahan yang kita pernah, sedang atau mungkin akan lalui..tapi..kenapa kita tetap memilih untuk melalui jalan kesusahan ini?

..sepanjang ku bisa atasi semua, aku tetap diam..

3 comments:

Nurul said...

yang..nape ni..

suhailah salahuddin said...

ssh nk cite yang.. *sigh*

Nurul said...

jgn la sedih2 ni..de pape gtau je kite k..
btw, ni link blog baru.
http://yesitsnurul.blogspot.com/
blog lame dh lupus ditelan zaman..huhu