Hidup tak pernah habis untuk diceritakan. Cinta, kasih, sayang, rindu, benci, dendam, suka, duka.. Banyak dan tak pernah ada penamat. Walaupun perpisahan. Walaupun mati. Penceritaan pelbagai versi. Positif, negatif, terpulang kepada pencerita dan watak. Ada yang wataknya hidup. Sangat hidup sehingga sentiasa menjadi perhatian. Ada yang wataknya mati. Sangat mati sehingga tak pernah dipedulikan. Ada yang wataknya cliche. Sangat cliche sehingga keadaannya menjijikkan.
Assalamualaikum..
Kerana hidup, medan ini menjadi tempat luahan perasaan. Tak pernah ada watak sempurna. Walau secantik dan sebaik mana pun. Hanya pencipta watak yang tau apa yang ada di sebalik wajah dan senyuman. Hanya watak yang tau maksud di sebalik madah dan siulan.
Kadangkala senyumnya sumbing, tapi ia ikhlas diukir. Kadangkala tawanya riang, tapi tersembunyi di sebaliknya tangisan. Kadangkala kelakuannya baik, tapi ada dendam di sebalik hati. Kadangkala kata-katanya tajam, tapi baiknya dia tak pernah diselami.
Kasihan, pada watak yang dicipta sememangnya tidak sempurna, tetapi berusaha sekerasnya untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan itu untuk menjadikan diri digilai dan dipandang tinggi. Lebih kasihan apabila caranya menjatuhkan martabat watak sampingan untuk menjadi watak utama. Sempurnalah rasa kasihan itu apabila melihat watak itu berkata-kata seolah-olah dia tidak pernah melakukan sedikit pun kecelaan di mata mereka. Yang tahu, hanya DIA..
0 comments:
Post a Comment