CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 16, 2011

~kedatangan dan kepergian..kuasa ALLAH~

Assalamualaikum..


Bila termenung muhasabah diri maghrib2 ni, melayang lak aku kat semua benda yang terjadi dalam hidup aku lately ni..anugerah ALLAH yang aku terima, subhanallah..sangat5 aku hargai..alhamdulillah..aku sangat bersyukur..memang betul..dalam setiap kesusahan, akan ada kesenangan..dalam kesedihan, mesti akan ada kegembiraan..macam pelangi lepas hujan panas..

Hari ni aku berusia 23tahun 16hari..hari lahir bermakna kematian semakin hampir..dan sepanjang ini, dah banyak benda yang aku dah buat..salah, silap, betul, benar..semua aku belajar..dan ambil pengajaran..oh..tak lupa..hari ni jugak dah 16 hari aku menjadi tunangan orang..alhamdulillah..ni lah yang aku kata anugerah ALLAH untuk aku..aku bersyukur, selepas banyak airmata yang mengalir, akhirnya bibir aku mampu tersenyum..di hari lahir aku sendiri..alhamdulillah.. :)

Tapi tak semuanya indah tau..aku juga mengalami satu kehilangan pada hari yang sama..yup..kehilangan seorang yang kononnya menggelarkan diri beliau cik sahabat..pada hari pertunangan aku pun, dia tetap menghilangkan diri..tapi aku bukan siapa2 pun nak paksa dia untuk teruskan persahabatan walaupun kami telah bersahabat selama 7 tahun..entahlah..walaupun aku kehilangan seseorang, tapi ALLAH anugerahkan aku lebih ramai pengganti..dan aku yakin dia juga mempunyai ramai lagi rakan2 yang bersamanya sekarang walaupun mungkin dia lupa bahawa rakan2nya itu bersamanya ketika dia senang..susahnya sebelum itu masih bersama aku..kacang lupakan kulit ke ek?taklah kot..aku biarkan dia memilih jalan hidupnya sendiri..tak akan aku pujuk dia kembali sebab hati ni dah terlalu kecil dan penuh dengan kasih sayang semua orang sampai tak ada ruang untuk dia lagi..aku pulangkan paku buah keras?eh..itu juga tidak..sebab terlalu banyak perkara yang tak aku dedahkan dan aku rasa biarlah hanya ALLAH yang mengetahuinya..

Walau apepun, aku tetap maafkan dia..semoga dia beroleh kebahagiaan yang dia inginkan..insyaALLAH..

aku maafkan kamu..
tak perlu kita ketemu..
cukup kau tahu yang aku maafkan kamu..
tolong teruskan hidup..
jangan sebut namaku..

0 comments: