Assalamualaikum..
Aq terpanggil nk tulis tentang artikel ni, bile aq dikelilingi oleh owg2 yg ske sgt5 isap rokok..adik aq, my fwens..most of da people around me love smoking..xterkecuali pembaca blog aq ni..kn?msti ade gak yg merokok..sdp sgt ke?aq penah tny, pe yg sdp sgt rokok ni kn..die kate, die pn xtau..bile aq ugut nk rse s'dr, xbg lak.. xelok katenye..wut's da difference, kn?pmpn skang pn da rmai yg merokok..dak2 skola lak 2..tp mmg nonsensela aq nk wat kn..mmg merepek..sbb dr awl aq mmg TAK PERNAH SUKA ROKOK!
Mcm2 kempen kerajaan wat..naikkn harga rokok, kempen katakn xnak kepada rokok, ltak gmbr2 yg menakutkn kt kotak rokok..tp owg ttp beli n hisap..yg latest, aq dpt tau, rokok jenama Winston yg 14 batang da xdijual..yg ade cme 20 batang sekotak..n harganya mahal (aq xsure bpe sbb xpenah hisap rokok)..rokok mkin mahal..tau, tp still nk beli n isap gak..xfhm tol..
So, aq nk kongsi pe yg aq pernah terbc tentang pengharaman rokok..aq pn bknla pndai sgt bab2 hukum ni..msih bnyk yg aq kne belajar..so, kite sme2 berkongsi..maaflah klu aq slh..sesungguhnye yg buruk 2 dtg dr aq, n yg baik 2 dtg dr ALLAH..hurm..kowg tau x, rokok telah pun DIHARAMKAN oleh para ulama' sbb mendatangkn mudarat pd diri s'dr n lebih teruk owg2 yg sekelilingnye??aq xckp kosongla kn..ni ade bbrpe bukti yg aq nk kongsi dgn kowg wahai perokok2 sekalian..
- "Iaitu orang-orang Yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi Yang Ummi, Yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di Dalam Taurat dan Injil Yang ada di sisi mereka. ia menyuruh mereka Dengan perkara-perkara Yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara Yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka Segala benda Yang baik, dan mengharamkan kepada mereka Segala benda Yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu Yang ada pada pada mereka. maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya. (Al-A’raf : 157)
- Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda, “Tidak boleh (menimbulkan) bahaya dan tidak boleh pula membahayakan orang lain.” (HR. Ibnu Majah dari kitab Al-Ahkam 2340).
- Rokok haram kerana di dalamnya ada racun. Al-Qur’an menyatakan, “Dihalalkan atas mereka apa-apa yang baik, dan diharamkan atas mereka apa-apa yang buruk (kotoran).” (al-A’raf: 157)
Renungkan fakta2 berikut lak ye wahai saudara2ku yg dikasihi..
- Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.
- Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.
- Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.
- Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.
- Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadah kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.
- Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.
- Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.
- Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.
- Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.
- Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.
Haa..cbe bc ni lak..
- “Merokok diharamkan, begitu juga halnya dengan Syisyah, dalilnya adalah firman Allah ta’ala: “Jangan kalian bunuh diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah maha penyayang terhadap diri kalian “ (An-Nisa : 29)
- “ Jangan kalian lemparkan diri kalian dalam kehancuran” (Al-Baqarah : 195)
- “ Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (dijalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang kami keluarkan untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata darinya “ (Al Baqarah: 267)
So..cne geng??renung2kan..dan selamat beramal.. :)
2 comments:
aku bkn seorg perokok,, follow me back kk bukansaye.blogspot.com
okeyh..thanks 4 coming.. :)
Post a Comment