Seorang gadis duduk termenung sambil mengalirkan airmata.."kenapa?", detik hatinya.. "adakah ini pengakhirannya?", fikirnya sambil mencari jawapan..
Ya.. 24 jam sebelum itu, dia telah bergaduh dengan kakaknya.. Hanya kerana emosinya yang tidak menentu sejak kebelakangan ini, dia menjadi hilang arah dalam menentukan setiap tindakannya.. Kerana rasa marah dan dendam yang tidak dapat dilepaskan selama ini, dia tidak menjadi dirinya sendiri hanya kerana suatu perkara yang kecil.. "tapi itu bukan perkara kecil..itu soal hidup..soal hati..soal privacy..", bisik hatinya berkali-kali.. dia berkira-kira untuk memohon maaf dan cuba menceriakan kembali pertalian antara dia dan kakaknya..tapi dia hampa..
"Salah akukah?", dia berfikir.. Setitis airmatanya jatuh lagi.. Tiba-tiba, si gadis terdengar satu bisikan halus di benak pemikirannya.. "Berterus-teranglah kepadanya..tentang apa yang kau rasakan..semoga dia dapat memahami dan merasakan kasih sayang yang selalu ada untuknya.." Si gadis terdiam sejenak.. Terkejut barangkali.. "Tetapi bagaimana?aku tidak tahu caranya..malah buntu memikirkannya..sapaanku tidak dipedulikan..memang aku yang bersalah, kan?", si gadis bersuara.. "Tidak..", jawab suara itu.. "Kau tidak bersalah..malah dia juga bukan punca semua ini terjadi..ingatlah..sentiasa ingatkan dirimu dan dirinya..bahawa tiada siapa yang sempurna di dunia ini..setiap daripada kita akan melalui setiap detik yang telah ALLAH ciptakan..bahagia..derita..semua..cuma dengan cara yang berbeza..bersyukurlah atas segala dugaan yang telah ALLAH kurniakan untuk mematangkan dirimu dalam meniti liku-liku kehidupan..insyaALLAH..penyelesaian akan datang.."
Si gadis tersedar dari lamunan panjangnya.. "Ya ALLAH..berkhayalkah aku?", fikirnya.. dia bermonolog sendirian..memikirkan kata-kata dari suara yang datang dari kahayalannya seperti yang dia percaya..lalu, dia memutuskan untuk mengambil tindakan untuk memulihkan pertalian antara dia dan kakaknya..dia lantas mengambil sehelai kertas dan pen..
Assalamualaikum..
Buat kamu yang berada di sana,
Aku mohon maaf..aku tahu aku bersalah..emosiku terganggu..aku terkasar..maafkan aku..aku tahu aku tidak sepatutnya berkata begitu..aku hanya mahu meluahkan rasa hatiku padamu..namun, aku sedar kesilapanku..aku keterlaluan..aku juga tahu, niatmu hanya ingin menyedarkanku..menyedarkan tingkah lakuku..aku faham..dan aku tahu aku patut bersyukur atas segala kurniaan-Nya..termasuklah dugaan ini..terima kasih kakak..aku sangat hargai tindak-tandukmu tempoh hari..dan maafkan aku jika aku bersalah hingga melukai hatimu..aku menyayangimu,kakak.. dan akan selalu menyayangimu..kaulah satu-satunya kakak yang aku punya..yang memahamiku..yang kenal akan diriku..Aku tidak mahu kehilanganmu..maafkan aku..
ikhlas,
adikmu..
Helaian lertas itu dilipat..dan dimasukkan ke dalam satu sampul yang sememangnya ada disimpan sebagai persediaan di waktu memerlukan..di hadapan sampul, hanya dicoretkan perkataan 'buatmu kakak'..sampul itu diletakkan di atas meja..dengan harapan kakaknya akan membaca dan memaafkannya..
p/s: i'm so sorry..i hope u'll forgive me my dear beautiful sister.. :(
1 comments:
dear sister...
there's no one else who understand the pain you're having inside..no one understand but you...and i realize who am i to judge you and your pain..i'm sorry too..for not being there..understand you..or at least lend my ear to listen to you..i'm sorry...
i love you and i always do.always want you to be happy and be a better person in future.forgave already... :)
love-sister-
Post a Comment