CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 4, 2010

~another morning~

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..aq bersyukur sbb diizinkan ALLAH skali lagi melihat dunia pagi ini..n aq sgt5 berharap agar aq dapat terus melihat dunia sehingga kegelapan menjelma di langit hari ini dan seterusnya..mungkin untuk beberapa tahun lagi..sekurang-kurangnya smpai aq dpt membuat ibu merasa sgt5 bhagia dgn kehidupannya..insyaALLAH..amin..

Bgn je pg ni, slps menunaikan tanggungjawab aq sbg hamba-Nya untuk mengucapkan rasa syukur kepada-Nya atas nikmat yg dikurniakan hari ni, aq duduk dan termenung..berfikir sejauh mana kehidupan aq telah berlalu..berfikir ttg pe yg tlh aq lakukan spjg hidup aq berlalu..berfikir ttg segala kesalahan dan mungkin secubit kebaikan yg menghiasi dinding kehidupan aq..kejayaan yg tlh aq cipta..kegagalan yg membuat aq kecewa..org2 yg membuat aq bangun semula..dan owg2 yg sentiasa memberi semangat untuk meneruskan perjalanan..

Alhamdulillah..sekali lg aq bersyukur untuk menjalani kehidupan yg aq jalani sekarang..ye..btol..aq pernah melakukan kesilapan..mungkin kesilapan yang berbeza dan mungkin juga mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali..walaupun kadangkala aq mahu berputus asa, aq duduk dan berfikir kembali..ttg owg2 yg melalui kehidupan yg lebih teruk drpd aq tp msih mmpu bersyukur dan tersenyum gembira..tidakkah aq bersyukur mmpunyai hidup yg sdikit lebih baik dr mereka?alhamdulillah..

Tiada makhluk yg terlepas dr sebarang dugaan..ALLAH tidak akn memberi dugaan yg tidak mmpu ditanggung oleh hamba-Nya..stiap mslh ade penyelesaiannya..rezeki ada di mne2..aq tau cliche bnynye..tp itulah hakikatnya..segala dugaan ini diberi ALLAH utk membuat kita bersyukur dan meminta kepada-Nya dan mengingatkan kita yg lupa bhwa DIA adalah segala2nya dan dia mampu menjadikan apa saja yg diinginkan-Nya juga utk menguatkn lg iman owg2 yg sntiasa mengingati-Nya supaya tidak mudah melatah dgn apa saja dugaan yg melanda..

Bersihkanlah hati dan bersyukurlah..kerana anda dikurniakan nikmat hidup yg ramai lg owg2 yg tlh kembali kpd-Nya mahu utk membetulkn segala kesilapan yg mereka lakukan spjg kehidupan mereka yg tlh berlalu..kerana anda dilahirkan sbg seorang yg beragama islam yg tahu erti dan nikmat kesyukuran..kerana anda masih mempunyai sekurang2nya seorang di sekeliling anda untuk sentiasa menyokong anda apepn yg anda lakukan..bersyukurlah kerana anda dilahirkan sebagai seorang anda dan bukan sbg owg2 yg lebih teruk drpd anda..alhamdulillah..wallahu'alam.. :)

0 comments: